Main Menu

Connect with us

Advocates . Solicitors . Syarie Counsel

News & Events

ASA Talk Siri 1(Pengurusan Harta Pusaka dan Mediasi)

Satu sesi perkongsian mengenai Pengurusan Harta Pusaka dan Mediasi telah diadakan pada 19 Januari 2024 anjuran Tetuan Atiqah Syafiqah & Associates secara maya. Peguam Syafiqah dan Puan Nurul Izzah merupakan panel pada sesi kali ini.

Sesi bermula dengan perkongsian daripada Puan Nurul Izzah mengenai tajuk “Perkara Asas Dalam Mengurus Kewangan” yang memberi pendedahan dan kesedaran kepada peserta bertapa pentingnya untuk mengadakan perlindungan kewangan terutamanya kepada breadwinner iaitu ketua keluarga yang mencari sumber kewangan keluarga perlu kepada perlindungan untuk membantu kelangsungan sumber kewangan keluarga tersebut jika berlaku apa-apa kepada breadwinner.

Setelah itu,sesi bersambung dengan perkongsian oleh Peguam Syafiqah mengenai tajuk “Pengurusan Harta Pusaka”. Pada sesi ini Peguam Syafiqah berkongsi tentang apa yang waris perlu uruskan dalam mengikut lima (5) tertib pembahagian harta pusaka iaitu:

  1. Pengurusan Pengembumian Si Mati
  2. Pembayaran Hutang Bagi Pihak Si Mati
  3. Pembahagian Harta Sepencarian
  4. Perlaksanaan Wasiat
  5. Pembahagian Harta Pusaka Kepada Waris-waris

Peguam Syafiqah juga menerangkan beberapa instrumen dalam pengurusan harta pusaka iaitu Hibah, Faraid, Waqaf, dan sebagainya. Di samping itu, Peguam Syafiqah memberi penjelasan mengenai Mediasi, iaitu satu kaedah penyelesaian pertikaian melalui rundingan tertutup yang dibimbing oleh Mediator. Sesi berakhir dengan sesi soal jawab bersama peserta. Diharap semua peserta mendapat kesedaran dan kefahaman mengenai Pengurusan Harta Pusaka dan Mediasi.

Share This Post:

More News & Events

Shopping Cart
Open chat
Hi,
How can we help you?
Whatsapp us here.