Main Menu

Connect with us

Advocates . Solicitors . Syarie Counsel

News & Events

Setelah bercerai,saya yang menanggung segala perbelanjaan anak-anak dari semua aspek. Siapa yang perlu menanggung nafkah

Puan,
Setelah bercerai,saya yang menanggung segala perbelanjaan anak-anak dari semua aspek.


Siapa yang perlu menanggung nafkah?
Jika bekas suami menghilangkan diri atau tidak mampu?
Siapa yang perlu galas tanggungjawab ini?

Peruntukan Seksyen 72 (1) akta undang-undang keluarga islam 1984 adalah jelas tentang kewajiban seorang lelaki untuk menaggung nafkah anak-anakya, sama ada mereka berada dalam jagaannya atau jagaan mana-mana orang lain. Perkataan “lelaki” yang dicatat dalam syeksen ini untuk membuktikan bahawa bukanlah wanita yang berkewajiban menanggung nafkah anak-anak. Taraf lelaki itu dengan ibu kepada anak-anak itu tidak semestinya semata-mata seorang bapa malahan termasuk datuk, bapa saudara atau kerabat lelaki berdekatan. Nafkah anak tidak menjadi terhutang kerana jika si bapa tidak berkemampuan, maka beban nafkah tertanggung ke atas datuknya atau saudara atau kerabat mengikut susunan asabah dalam hukum faraid.

Ini juga hikmah mengapa Allah SWT melebihi kaum lelaki dalam penerimaan harta pusaka menurut hukum faraid.

Disyaratkan juga bahawa si bapa hendaklah berkemampuan untuk menyediakan nafkah sama ada dia seorang yang kaya yang mempunyai harta untuk menunaikan tanggungjawab atau dia berkemampuan untuk mencari nafkah tersebut. Jika bapa tadi seorang yang miskin tetapi tidak boleh mencari nafkah dia hendaklah diperintahkan untuk berbuat demikian.

Jika sekiranya dia enggan dia hendaklah dipenjarakan. Tanggungjawab ini akan berpindah kepada waris selepas waris selepas bapa sekiranya dia memang tidak mampu setlah berusaha untuk menyediakan nafkah anak-anaknya, seperti terdapat kecacatan pada tubuh badanya yang menghalang dia daripada berusaha sendiri.

Selain bapa bawah seksyen 72 (2) mahkamah boleh memerintahkan seseorang yang bertanggungjawab bawah hukum syara’ menanggung nafkah kanak-kanak atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak. Ini sekiranya bapa berada dalam keadaan yang berikut.
a) Bapa kanak-kanak itu telah mati ; atau
b) Tempat bapanya berada tidak diketahui; atau
c) Jika dan setakat mana bapanya tidak berupaya menanggung nafkah mereka.
Daripada peruntukan diatas, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lain menanggung nafkah kanak-kanak itu sekiranya bapa tersebut berada dalam keadaan yang disebutkan tadi. Peruntukan ini walau bagaimapun tidak menerangkan siapakah yang dimaksudkan dengan orang lain. Dicadangkan peruntukan ini dipindah untuk menjelaskan siapakah orang yang dimaksudkan dengan seseorang yang bertanggungjawab bawah hukum syara’ kerana terdapat perbezaan pendapatan kalangan mazhab berkenaan dengan orang yang akan bertanggungjawab memberi nafkah kanak-kanak jika sekiranya bapa tidak berkemampuan atas sudah meninggal dunia.

Seksyen 73 menyebut empat keadaan yang mana mahkamah syariah mempunyai bidang kuasa untuk memerintah seseorang lelaki membayar nafkah anak, iaitu:
a) Jika lelaki itu enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anak-anaknya itu;
b) Jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;
c) Dalam masa menanti kputusan sesuatu sesuatu prosiding hal ehwal suami isteri; atau
d) Apabila membuat atau selepas dapat membuat sesuatu perintah meletakkan anak itu dalam jagaan seseorang lain.

Dalam kes sharifah sapoyah lwn wan Alwi, mahkamah mengambil kira keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah sivil. Mahkamah telah memerintahkan yang kena tuntut membayar nafkah anak-anaknya seramai tiga orang sehingga berumur 18 tahun. Dalam kes ini telah berlaku pengabaian oleh yang kena tuntut, iaitu bapa.

Berdasarkan peruntukan di atas pihak-pihak yang ingin membuat tuntutan nafkah anak boleh membuat tuntutan tersebut sama ada pihak yang menuntut contohnya ibu kepada anak masih menjadi isteri kepada pihak kena tuntut atau kedua-duanya telah bercerai atau sementara menunggu keputusan sesuatu prosiding berkaitan suami isteri seperti perceraian atau tuntutan hak hadanah anak.

Walaupun diperuntukkan bahawa seseorang bapa itu berkewajipan menaggung nafkah anaknya tetapi dia terkecuali daripada menanggung nafkah anaknya sekiranya terdapat persetujuan lain yang mengecualikan daripada menanggung ataupun kerana terdapat perintah daripada mahkamah.

Peguam Syarie.

Tetuan AtiqahSyafiqah&Associates

Share This Post:

More News & Events

Shopping Cart
Open chat
Hi,
How can we help you?
Whatsapp us here.