ASA Talk Siri 2 telah berlangsung pada 26 Januari 2024 (Jumaat) dianjurkan oleh Tetuan Atiqah Syafiqah & Associates. Pada sesi ini Peguam Atiqah merupakan Peguam Korporat dan Komersial telah memberi perkongsian mengenai Business Expansion Join Venture.
Sesi dimulakan dengan pengenalan apa itu Perjanjian Usahasama atau Join Venture, terma-terma yang perlu ada dalam Perjanjian Usahasama, kelebihan menjalankan Usahasama atau Join Venture dengan syarikat lain, dan sesi berakhir dengan sesi soal jawab bersama peserta.
Antara enam (6) terma-terma penting dalam Perjanjian Usahasama ialah:
- Objektif dan Skop Usahasama
- Sumbangan pihak-pihak kepada Usahasama
- Exit strategy dan penamatan Usahasama
- Hak harta intelek
- Penyelesaian pertikaian
- Undang-undang yang mentadbir
Antara empat (4) kelebihan Perjanjian Usahasama ialah:
- Untuk memanfaatkan sumber
- Untuk mengurangkan kos
- Untuk menggabungkan kepakaran
- Untuk memasuki pasaran asing
Peguam Atiqah turut berkongsi tentang kepentingan mengadakan Perjanjian Usahasama bagi melindungi perniagaan. Sebelum sesi berakhir pihak moderator memberi peluang kepada peserta untuk bertanya soalan yang berkaitan. Pihak penganjur berharap agar semua peserta mendapat manfaat dan ilmu baru mengenai mengembangkan perniagaan melalui Usahasama atau Join Venture.