Tetuan Atiqah Syafiqah & Associates telah menjalankan satu sesi latihan yang bertajuk Bengkel Undang-undang: Solusi Perundangan Bagi Pemilik Perniagaan pada 8 Februari 2024. Bengkel ini diadakan di Geoventure Solution Berhad merupakan sebuah syarikat Geologi di Kajang,Selangor.
Seramai dua orang peserta terlibat dalam bengkel ini yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Syarikat Geoventure Solution Sdn.Bhd. Antara topik bengkel undang-undang yang dibentangkan adalah:
- Kepentingan Kontrak Dalam Perniagaan
- Proses dan Prosedur Untuk Memilik Asset dan Hartanah di Malaysia
- Tuntutan Sivil di Mahkamah Sivil
- Pengurusan Harta Pusaka Bagi Pemilik Perniagaan
Objektif bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi bimbingan perundangan yang holistik terutamanya kepada pemilik perniagaan untuk melindungi perniagaan mereka kerana bengkel ini merangkumi empat bidang undang-undang penting iaitu Undang-undang Hartanah, Undang-undang Korporat dan Komersial, Litigasi dan Syariah dan Pusaka.
Tetuan Atiqah Syafiqah & Associates berasa gembira menerima dan menjawab pelbagai soalan daripada perserta. Semoga sesi Bengkel Undang-undang ini dapat memberi ilmu, bimbingan yang bermakna kepada pemilik syarikat. Terima kasih juga diucapkan kepada Syarikat Geoventure Solution Berhad kerana memilih kami untuk memberi latihan berkaitan perundangan.

