Advocates . Solicitors . Syarie Counsel . Certified Mediator

News & Events

Peri Penting Pengesahan Talak di Luar Mahkamah

Peri Penting pasangan sahkan talak di Mahkamah.

Peguam syarie, Syafiqah Abd Razak yang mengendalikan kes Lina di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menasihatkan agar pasangan yang terlibat di dalam situasi melibatkan lafaz talak di luar mahkamah(sama seperti kes Lina) segera ke mahkamah bagi pengesahan lafaz talak.

Beliau berkata,ia kerana hakim syarie sahaja yang boleh membuat keputusan berhubung status lafaz talak tersebut.Tambahan pula, perkara berkaitan cerai tidak boleh diambil mudah kerana ia melibatkan nasab serta keturunan di kemudian hari.

Jelas beliau, lafaz talak terbahagi kepada dua jenis iaitu lafaz yang sarih(jelas) dan lafaz kinayah (tidak jelas).

“Lafaz yang jelas contohnya,“aku talak mu dengan talak satu”.Manakala,lafaz kinayah adalah seperti berikut,”Mu balik ke rumah ibu bapamu, jangan balik-balik ke sini”.Menurut undang-undang,kesemua lafaz talak diluar mahkamah ini perlu dibuat pengesahan di Mahkamah Rendah Syariah,”katanya.

Ujar Syafiqah,jika pihak-pihak berkenaan tidak membuat pengesahan berhubung lafaz talak tersebut,status isteri adalah diragui.

“Pengesahan lafaz talak ini boleh dibuat di Mahkamah Rendah Syariah di kawasan tempat mereka bermastautin. Jika individu itu menetap di Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes yang melibatkan pengesahan lafaz talak, selaras dengan Seksyen 4, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984,”katanya.

Dalam pada itu, Syafiqah berkata,lafaz talak diluar Mahkamah adalah salah satu kesalahan dan boleh didenda berdasarkan Seksyen 124 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu memperuntukkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talak dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah itu, maka dia melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM 1,000 atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Jalan terbaik untuk perceraian adalah melalui mahkamah syariah jika tidak wujud lagi sakinah,mawaddah dan rahmah dalam pernikahan serta terdapat shiqaq(pertelingkahan dalam pernikahan).

“Namun, bagi pasangan yang mempunyai masalah dalam rumah tangga dan berbolak-balik sama ada hendak meneruskan perkahwinan atau perceraian,mereka dinasihatkan untuk menghadiri sesi kaunseling di pejabat agama,”katanya.

Dalam kes Lina.meskipun perkahwinan singkat, namun isteri masih berhak menuntut hak-hak selepas perceraian antaranya, tuntutan nafkah isteri, mut’ah dan harta sepencarian,jelas Syafiqah.

Kredit: Sinar Harian, Jumaat 1 Februari 2019,(Dari Fail Mahkamah Syariah)

Tulisan: Nurulfatiha Muah

Share This Post:

Shopping Cart
Open chat
Hi,
How can we help you?
Whatsapp us here.