Advocates . Solicitors . Syarie Counsel . Certified Mediator

News & Events

Program Penerangan Penyempurnaan Pindahmilik Hakmilik Strata

Tetuan Atiqah Syafiqah & Associates telah dijemput oleh Persatuan Penduduk Prima Damansara untuk memberi penerangan tentang Penyempurnaan Pindah Milik Hakmilik Strata pada 18 Februari 2024 yang lalu. Program berlangsung selama 2 jam bermula pukul 10.00pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai lebih kurang 50 orang penduduk telah hadir ke program ini bagi mendengar penerangan bagi Penyempurnaan Pindah Milik ini.

Peguam Atiqah merupakan Peguam Hartanah telah memberi penerangan mengenai proses Penyempurnaan Pindah Milik Hakmilik Strata. Peguam Atiqah menerangkan tentang apa itu Penyempurnaan Pindah Milik (Perfection of Transfer) dan Penyempurnaan Gadaian (Perfection of Charge) iaitu:

Perfection of Transfer (POT): Prosedur pendaftaran hakmilik daripada nama Pemaju kepada nama Pemilik sesebuah hartanah, setelah Hakmilik Individu/ Hakmilik Strata dikeluarkan.

Perfection of Charge (POC): Prosedur untuk mendaftar pihak Bank/Pembiaya perumahan sebagai pemegang gadaian di Geran Hakmilik Individu/ Hakmilik Strata.

Disamping itu Peguam Atiqah juga menerangkan tentang kepentingan melakukan prosedur POT dan POC ini iaitu:

  1. Geran tanah merupakan bukti ketuanpunyaan(ownership) yang tidak boleh disangkal.
  2. Memudahkan Pemilik dalam urusan pindahmilik atau permohonan kebenaran (consent).
  3. Pemilik tidak perlu berurusan dengan pihak Pemaju setelah menukar nama pada geran.
  4. Untuk memudahkan urusan harta pusaka sekiranya belaku kematian Pemilik.

Setelah penerangan diberikan, sesi soal jawab bersama penduduk juga dijalankan. Kami gembira menerima dan menjawab pelbagai persoalan daripada penduduk. Tetuan Atiqah Syafiqah & Associates berharap program ini dapat memberi ilmu dan nilai tambah kepada penduduk tentang Prosedur Penyempurnaan Pindah Milik Hakmilik Strata. Terima kasih diucapkan kepada Encik Izri Bin Ayob merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Prima Damansara kerana telah menjemput kami.

Bersama Pengerusi dan AJK Persatuan Penduduk Prima Damansara
Barisan Penduduk yang hadir
Peguam Atiqah Sebagai Speaker Program

Share This Post:

Shopping Cart
Open chat
Hi,
How can we help you?
Whatsapp us here.